Friday, 4 January 2013

PANDANGAN SARJANA ISLAM IBNU BAJJAH


BIOGRAFI


Salah seorang dari mereka ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti  atau dikenali sebagai Ibn Bajjah .Beliau berasal dari keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang emas.Tetapi di Barat ia di kenali sebagai dengan nama Avempace .Beliau dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 Masihi(M) .

Ibn bajjah merupakan merupakan di antara cendiakawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajarinya.di antaranya ialah :
1.       Ahli hafiz Al-Quran
2.      Bidang kedoktoran
3.      Seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal
4.      Menguasai ilmu matematik,,fizik dan , falak
5.      Bidang falsafah

RENTETAN KEHIDUPAN


Selain di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik .Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaiati di Saragoassa  apabila dia  mula bergiat sebagsai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ ,Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri .

Pada tahun 1118 M,( 512 H ) Saragossa dapat ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon ,maka Ibn Bajjah pun berpindah ke Seville .Di dalam perjalanannya ke Seville dia singgah di Valencia . Di Seville Ibn Bajjah menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang ilmu logik

Kemudian Ibn Bajjah berpindah ke Granada ,dan dari sana beliau berpindah ke Afrika Utara ,iaitu pusat Dinasti Murabithun .Tetapi oleh kerana cara pemikiran falsafahnya asing di kalangan masyarakat di situ ,beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah iaitu di Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan pembawa bid’ah .Oleh kerana Ibn Rusyd pernah menjadi muridnya Ibn Bajjah dilepaskan.

Ekoran dari kejadian tersebut ,ia meneruskan perjalanannya ke Fez di Morocco. Di sana ,beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibn Yusuf Ibn Tasifin untuk jangka waktu yang panjang .

Kedudukan yang beliau perolehi , telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari pelbagai pihak .Akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun 1138 M( 533 H) . Menurut satu riwayat  beliau meninggal dunia akibat  diracuni oleh seorang doktor , yang bernama Abu al-‘ala Ibn Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmu yang terdapat pada Ibn Bajjah .Beliau dimakamkan di samping makam Ibn ‘Arabi di Fez .

Beliau mempunyai dua orang pengikut yang kebanyakan maklumat mengenai latar belakang kehidupannya banyak diperolehi daripada kedua orang ini. Dua orang pengikutnya ialah :


  1. Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz bin al-Iman
  2. Ibnu Tufail

KARYA-KARYA IBN BAJJAH


Ibn Bajjah banyak mengahasilkan karya di dalam pelbagai bidang .Karya-karya yang dihasilkan lebih kurang 31 karya .Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Bahasa Latin. Manuskrip –manuskrip asal dan terjemahannya ada tersimpan di dalam perpustakaan Bodlein MS.Pococke 206 ,Perpustakaan Berlin MS.5060 dan di perpustakaan Escurial ( Sepanyol )MS.612 .

Di antara karya-karyanya yang terpenting ialah :
  • Risalah al-wida’
Ia mengandungi tentang ketuhanan ,kewujudan manusia ,alam ,serta huraian mengenai kedoktoran dan perubatan .Buku ini terletak di perpustakaan Bodlein.

·         Risalah Tadbir al-Mutawahhid
Ia mengandungi tentang pandangan beliau dalam bidang politik dan falsafah.Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid.Kandungan buku ini seperti buku al-Madinah al-Fadhilah ,karangan al-Farabi .Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibn Bajjah.

·         Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan
Ia mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia  serta huraian mengenainya.

·         Kitab an-Nafs
Ia mengandungi  yang berkaitan tentang persoalan yang berkaitan tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi dari kewujudan manusia (kebahagiaaan ) .Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani ,oleh sebab itulah Ibn Bajajh banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle ,Galenos ,al-Farabi ,dan al-Razi.

·         Komentar tentang ilmu Logik al-Farabi
Sampai sekarang masih ia tersimpan di perpustakaan Escurial     (Spanyol )

  • Beberapa ulasan terhadap buku falsafah hasil karya Aristotle ,al-Farabi ,Porphyrius dan sebagainya .
Menurut Carra dew Vaux ,di perpustakaan Berlin terdapat 24 risalah manuskrip karangan Ibn Bajjah .Di antaranya ialah Tardiyyah( syair-syair )

  • Risalah al-Akhlaq
  • Kitab al-Nabat
  • Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah


            Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat ,sesuai denagn kedudukan dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannaya serta tokoh falsafah Islam yang pertama di Andalusia .Menurut Ibn Khaldun ,kedudukan Ibn Bajjah adalah setaraf dengan Ibn Rusyd (Averroes ) ,Ibnu Sina (Avincenna) dan al-Farabi .

Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah .Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah ,

Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya .sebagai contoh ,beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial ,sebelum para sarjana barat berbuat demikian .Begitu juga konsep madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tak langsung .

            Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumiAndalusia .

IBNU HAYTHAM



NAMA TOKOH

§         Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.
§         Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.
  • Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
 LATARBELAKANG

  • Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri BasrahIraq.

  • Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.

  • Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

  • Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi.

  • Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.

  • Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

  • Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.

  • Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.

  • Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya.

  • Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.

SUMBANGAN IBNU HAITHAM 
*TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)
  •  Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

*TEORI PENGLIHATAN (optik)
  • Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
§         Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

*TEORI BIASAN CAHAYA
§         Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

*AHLI BIDANG FALSAFAH
§         Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.

*BIDANG ASTRONOMI
§         Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.

 
*BIDANG FIZIK
§         Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.


KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

§         Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

§         Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

§         Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

§         Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan namaThesaurus Opticae.



KESIMPULAN

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

        Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri  kepada Allah SWT.

IBN AL- NAFIS


LATAR BELAKANG


Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).

 Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.

Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin qabu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaiba’ah menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau 80 tahun.

Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam para sarjana islam yang ada.

SUMBANGAN


Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenalsebagai tokoh sarjana islam yang terkenal.  Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga melancarkan kempen memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital.
 

i) Bidang Pembedahan


Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung.

            Bagi memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.
           
ii) Memerangi Wabak.

 Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir.
 
iii) Penemuan Sistem Peredaran Darah Kecil.

Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam syarahnya dalam kitab anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran darah ialah pergerakan darah iaitu pergerakan darah dalamkitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai ‘sistem sirkulasi pulmonari’.

            Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah bergerak daripada jantung ke dalam jasad menerusi pembuluh dan saluran darah mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen iaitu sarjana perubatan Yunani yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri.
                                                                                                 
Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan Mesir kuno. Ibnu Sina mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran darah. Ibnu al-Nafis pula dalam syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini. Menurut Ibnu al-Nafis ruang jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu   Sina .

Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal kanan kepada paru-paru. Dalam paru-paru, uadara bertemu dengan darah. Darah itu kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantungm dari sini, darah disebar keseluruh badan.

Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori sirkulasipulmonari’. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang sama.

iv) Membina Sebuah Hospital

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan ‘al-Mansuri’.
           
KARYA.

Sebagaimana para sarjana islam yang lain,Ibnu al-Nafis telah menulis banyak buku-buku dan rencana. Walaubagaimana kebanyakannya telah hilang.

            Antara buku beliau yang masih ada termasuklah al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibbtenrtang ensiklopedia perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl mengenai opthalmilogi, al-Muhazzab berkenaan tentang perubatan mata, al-Mukhtar yang mengatakan tentang pemakanan, Syarh al-Hidayah adalah ulasan terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan, al-Risalah al-Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang kisah hidup Nabi Muhammad. Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-QanunFi ‘I-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu Sina dan Humaym Ibnu Ishaq.beliau juga menulis buku ringkas karya Aristotles tentang logik.

            Ibnu al-Nafis adalah seorang lagi tokoh kesarjanaan islam yang mewakili zamannya pada zaman iti. Beliau seorang yang mempunyai pandangan yang luas dan juga berfikiran kreatif dalam membuat kerjanya.di dalam kerjayanya sebagai seorang doktor, beliau sering dilantik sebagai doktor peribadi oleh pemerintah-pemerintah.

 Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun yang paling utama sekali ialah bidang perubatan dan beliau seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan di negara Islam yang lain.
           
Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia adalah sangat besar sekali kepada dunia islam pada zaman dahulu dan sekarang. Tidak hairanlah mengapa beliau antara tokoh yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam.

Tuesday, 18 December 2012

تدهور المعرفة شرس خلال الهجمات العسكرية ضد العباسيين


الشعب المنغولي من الناس القادمة من آسيا الوسطى. دولتهم هو منغوليا، وهي منطقة في الصين. أنها تتكون من القبائل الكبيرة التي المدى، التي وحدت في وقت لاحق من قبل جنكيز خان (603-624 ه / 1206-1226 م).


أنهم شعب الصحراء الصحراء الموقف المتعنت والمعروف أن فعل الشر. وبالإضافة إلى ذلك، فهي أيضا مجموعات من الناس الذين يحبون القتال، روب، وسفك الدماء، وعبادة الأصنام والنجوم، والشمس. يأكلون أي شيء يريدون، وتريد أن تفعل الأشياء الإباحية، مذهب المتعة.

في العام 1258 م بغداد قد سقط في أيدي المغول، ليس فقط القدرة على إنهاء الخلافة العباسية بني 'هناك، ولكن أيضا مؤشرا مبكرا من التخلف السياسي والحضارة الإسلامية، وبغداد هي مركز للثقافة والحضارة الإسلامية غنية جدا في كنوز المعرفة اختفى التي دمرها الجيش المغولي هولاكو خان بقيادة.
في الحادث، على النحو الذي غزا بغداد هولاكو خان مع جيش كبير جدا. مجموع المغول الجيش من حوالي 200،000 شخص. لذلك، "الجنود العباسي لم يتمكن من مقاومة الجيش المغولي وهرب يتحصنون في المدينة. قوات المغول بغداد تواصل محاصرة لمدة 10 يوما. وأخيرا، انخفض مدينة بغداد لجيش المغول.
دخلت قوات المغول بغداد مما أسفر عن مقتل شخص يواجهونها. وقد دمرت كل الحضارة الإسلامية التي بنيت في بغداد. وقد جمعت جميع الكتب التي تنتجها علماء المسلمين وألقيت في نهر Dujlah حتى أصبح الظلام (لأن الحبر من القلم للنصوص).


الكآبة الاقتصادية

إلى جانب عانى من انتكاسة في المجال السياسي، وحكومة بني العباسيين 'عانت أيضا التدهور الاقتصادي وخيم يؤدي إلى انهيار الحكومة. في الأيام الأولى من عهد بني عباس، وكان العباسيون الحكومة 'مملكة الغنية. الأموال في أكثر من بيت إلى شركة المال مليء الكنز. وكان مصدر الإيرادات الحكومية العباسيين 'من عائدات الضرائب والمنطقة الزراعية.
             بعد هروبه العديد من البلدان، لدفعات الإيجار الإجمالية للمقاطعات آخذ في التناقص. لزيادة الإيرادات، أمرت الحكومة الجيش لجمع الضرائب بالقوة. وفقا جرجي زيدان، الحكومة إيرادات انخفاض العباسية بني وجباة الضرائب احتكار عائدات الضرائب. تعطلت الزراعة بسبب الطين دفن نظام الري. هذا يلي النهروان نهر تضررت بشدة من جراء الحرب ولم يتم إصلاح القناة.
وبالإضافة إلى ذلك، تراجع العباسيين الحكومة الاقتصادية "أيضا هو سبب أعمال الشغب من قبل التجار مما تسبب الناس لم تعد زيارة الى بغداد. الذي يجعل الأموال المودعة في الخزينة على تدهور الأحكام الصادرة. في الواقع، ويرجع ذلك إلى حياة الخليفة من ثراء أكثر  من والأنانية.













"ULASAN"

assalammualaikum  w.b.t.....

artikel diatas ini boleh saya ulaskan bahawa salah satu faktor kemerosotan sains dan teknologi, yang mana serangan daripada tentera monggol yang telah dipimpin oleh hulagu khan telah menghancurkan segala yang telah dibina oleh tamadun Islam pada ketika dahulu. disini saya menegaskan bahawa kesan daripada serangan monggol tersebut habis musnah segala bidang ilmu yang telah dicipta oleh para-para sarjana ketika itu. lebih menyedihkan ilmu-ilmu yang begitu banyak telah dibakar, dibuang didalam sungai sehingga air sungai menjadi hitam kesan daripada dakwat-dakwat buku yang dihanyutkan didalam sungai tersebut.

bukan itu sahaja malahan binaan-binaan yang begitu indah dan penuh dengan ketamadunan Islam tersebut juga telah dimusnahkan oleh tentera monggol. ketika itu bukan sahaja bidang ilmu yang mengalami kemerosotan malahan bidang-bidang lain juga turut terlibat. selain itu, para sarjana ada yang telah dibunuh dan ada juga yang menyelamatkan diri pergi ke daerah yang lain. itulah diantara kemerosotan dalam bidang ilmu termasuk jugalah kemerosotan dalam ilmu sains dan teknologi.

walaubagimanapun, akhirnye tentera monggol dan juga tarta yang telah melakukan serangan tersebut mereka memeluk agama Islam, keadaan itu juga telah menyebabkan mereka menjalankan dan menggiatkan lagi aktiviti sains dan perkembangan ilmiah untuk lebih maju dan berkembang di dalam tamadun Islam.




Monday, 17 December 2012

تدفق المعرفة من الحضارة الإسلامية إلى أوروبا


 عرفت الحضارة العربية الإسلامية مند العصر الوسيط ازدهارا كبيرا في كافة الميادين الاقتصادية والاجتماعية والثقافية والفكرية.وقد كان للدين الإسلامي دور كبير في هده الوضعية ,من خلال مبادئه التي تحث على العمل وتحصيل المعرفة والتدبر في الكون والحياة والبحث في القوانين الطبيعية,كما أن الإسلام  جعل من العلم فريضة على المسلم ورفع قدر العلماء,وخاطب العقل ووجهه نحو التفكر والإبداع .

      وعلى اثر الفتوح الإسلامية وتوسع المبادلات التجارية، احتك المسلمون بثقافات أخرى كالفارسية والإغريقية والهندية ,فعززوا معارفهم وأغنوها ثم شرعوا في إقامة المكتبات ونشر المعرفة ,حيث كان لهم السبق في مجال التعليم بإنشاء الجامعات  في العواصم والحواضر الكبرى كبغداد ودمشق وأهمها جامعة الأزهر بالقاهرة .
    وقد حضيت اللغة العربية في البداية باهتمام كبير  من طرف رواد العلوم اللغوية فتم وضع المعاجم والقواعد قبل الانتقال إلى حركة الترجمة إلى اللغات الأخرى.
  من جهة أخرى خلف العلماء المسلمون تراثا غنيا في مجال الآداب والعلوم خاصة في الطب والرياضيات  والفلك,حيث تم استغلالها في تدبير  الشؤون الاقتصادية والاجتماعية والسياسية للمسلمين .أما في ما يخص فنون العمارة والزخرفة فقد اهتم المسلمون بتشييد المساجد والقصور وإقامة مدن جديدة  بمختلف مرافقها .مستعملين في ذلك مختلف فنون الزخرفة  والرسم والنقش .وفي الوقت الذي عرفت فيه الحضارة العربية الإسلامية ازدهارا كبيرا,كانت أوروبا تعيش على إيقاع  النظام الفيودالي  الذي كان مرتبطا بانعدام الأمن  خاصة بعد سقوط الإمبراطورية الرومانية  وتوغل القبائل الجرمانية وخضوع بعض المناطق للسيطرة العربية الإسلامية  خاصة الأندلس و صقلية .
    وعلى اثر الاحتكاك الذي تم بين الأوروبيين والمسلمين سواء إبان الحروب الصليبية أو في الأندلس وصقلية أو من خلال التبادل التجاري بينهما, تأثرت أوروبا بمظاهر الحضارة العربية الإسلامية.
       إذن فلإشكالية التي يطرحها هدا الموضوع تتمثل في مدى استفادة أوروبا مما نقله لها العرب والمسلمون ؟
فما هي القنوات التي من خلالها  تمكن الغرب من الاتصال بالحضارة العربية الإسلامية ؟ وما هي مختلف الميادين 
التي تجلى فيها الاحتكاك بين العرب والمسلمين  وأوروبا ؟


 -عن طريق الترجمة


اقترنت بداية النهضة لأوروبا بترجمة كتب العربية إلى اللاتينية وذلك راجع للتخلف الذي كانت تعيشه أوروبا في القرن 12م  مقارنة مع المسلمين .هدا التخلف جعلهم  لا يولون اهتماما  بشؤون العلم والثقافة .مما جعل دار الإسلام مصدرا للعلم والمعرفة للعديد من الأوروبيين كالكاهن الإفرنجي’جيربيرت’ الذي يعتبر أول من عرف الأوروبيين بالأرقام العربية لشدة ما اشتهر به اثر مقامه بالمدن الإسلامية,تقلد منصب البابوية  تحت اسم -سلفسترII_سنة 999م .تكاثر امثا ل هدا الشخص مع امتداد احتكاك المسلمين بالأوروبيين فكثر المترجمون  ومن أهمهم جيرارد الكريموني(1114-1187)الذي قدم من ايطاليا  إلى طليطلة لطلب العلم  فتعلم العربية وترجم إلى اللاتينية ما يناهز 70 مؤلفا .                                            في القرن 13  ازدادت حركة النقل إلى اللاتينية توسعا على يد ملك قشتالة  الفونسو العاشر (1252-1284م)الذي لقب بالحكيم لاهتمامه بالترجمة وسهره على تحصيل العلم.                

         

عن طريق الأندلس                       
تعتبر الاندلس من أهم الجسور التي ساعدت على انتقال الحضارة العربية الإسلامية  إلى أوروبا  بحكم المدة الطويلة التي حكم فيها العرب والمسلمون  هده البلاد  والتي تجاوزت ثمانية قرون .وتعد مدن طليطلة ,قرطبة ,قشتالة وغرناطة من أهم المراكز الأندلسية  التي كانت متشبعة بمظاهر الحضارة العربية الإسلامية ,حيث كان العديد من  الطلاب يفدون إليها للاطلاع على الكتب العربية  خاصة المترجمة إلى اللاتينية والمنقولة عن اليونان والفرس .حيث اشتهرت في هدا المجال مدرستا برشلونة و طليطلة التي تم اتخاذها كنافدة تطل مباشرة  على الحضارة العربية الإسلامية .
      من جهة أخرى لعب التجار والمهاجرون الدين يتنقلون بين بلاد الأندلس ومختلف بقاع البلاد العربية الإسلامية دورا مهما في انتقال الحضارة العربية الإسلامية إلى باقي أنحاء أوروبا المسيحية .هدا دون أن ننسى  الدور الذي كان يلعبه السفراء والمد جنين والموريسكيين واليهود في هدا المجال  ووقوع بعض المدن الإسلامية  تحت الحكم المسيحي تارة وعودتها للحكم الإسلامي تارة أخرى أو العكس .فماذا عن دور صقلية وجنوب ايطاليا؟


عن طريق صقلية وجنوب ايطاليا
            لما استولى العرب على جزيرة صقلية في عهد الاغالبة (مدة130عاما )عملوا على استغلال خيراتها المعدنية  وأقاموا علاقات مودة مع سكانها  الأصليين دون المس بعاداتهم وقوانينهم وحريتهم الدينية ,وكانت هذه المدة كافية  لنشر مبادئ الحضارةالعربية الإسلامية .وعندما استولى النورمانديون عليها خاصة في عهد الملك روجهII(1113-1154م)أبدى إعجابه بالحضارة الإسلامية  وتأثر بها بشكل كبير ,خاصة من خلا ل ارتدائه لعباءة  مكتوب عليها بالحروف العربية  والخط الكوفي .ويعتبر كتاب (نزهة المشتاق في اختراق الآفاق)من أهم الكتب التي تحدثت عن وصف  صقلية وجنوب ايطاليا .كما أن حركة الترجمة عرفت نشاطا كبيرا من خلال ترجمة العديد من الكتب في مجال الطب و الفلك ، بالإضافة إلى الآثار التي تركها العرب في صقلية خاصة القصور و المساجد والمصانع و التي اتخذها النورمانديون فيما بعد قدوة لصناعتهم. و سيتعزز احتكاك الغرب المسيحي بالشرق الإسلامي من خلال الحروب الصليبية.


عن طريق الحروب الصليبية
شكلت الحروب الصليبية فرصة كبيرة لالتقاء الغرب الأوروبي بالشرق الإسلامي ، فطيلة قرنين من الزمن التي بقي الصليبيون بالوطن العربي ، اقتبسوا الكثير من أساليب الحياة و المعرفة في كافة المجالات ، كما حصلوا على كثير من الكتب العربية، فساعد ذلك على ظهور روح البحث و دراسة الأقدمين ولآدابهم و فنونهم . كما أن الصدامات العسكرية بين المقاتلين المسلمين و المقاتلين الصليبيين مكنتهم من التعرف على العديد من الوسائل الحربية و الخطط التي يستعملها العرب.

إذن كانت هذه هي أهم القنوات و الجسور التي من خلالها تمكنت أوروبا من الاستفادة من الحضارة العربية الإسلامية في كافة مجالاتها الأدبية و الفنية و العلمية و الاقتصادية و الاجتماعية و السياسية. 


"ULASAN"

assalammualaikum w.b.t

artikel ini telah membincangkan berkaitan dengan pengaliran pengetahuan tamadun Islam ke Eropah, dalam ulasan saya mengenai dengan artikel ini adalah ia membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan cara pengaliran tersebut. yang mana mereka telah menggunakan pelbagai cara dan ialah satunya adalah dalam aktiviti terjemahan. Aktiviti terjemahan yang telah dilakukan adalah kebanyakan orang-orang eropah telah menterjemahkan buku-buku yang asalnya daripada bahasa arab ke bahasa mereka, yang mana tujuan perkara ini dilakukan untuk memudahkan orang-orang eropah membaca apa yang terkandung didalam buku-buku dan boleh diaplikasi bagaimana cara untuk menguasai bidang tersebut. 

selain daripada itu juga bagaimana tamadun Islam boleh ke Eropah dengan berlakunya Perang Salib kesan dari peperangan tersebut juga boleh menyebabkan pengaliran itu berlaku. dan ketika itu juga Andalusia adalah satu tempat yang bergiat aktif dalam aktiviti tersebut seperti menterjemah buku-buku yang sedia ada serta mengambil ilmu-ilmu yang telah dicipta dan dihasilkan oleh tamadun Islam. Jadi pengaliran pengetahuan tamadun Islam ke Eropah bukan perkara yang sukarela daripada umat Islam sendiri malahan mereka telah diancam pelbagai rintangan dan menyebabkan pengaliran tersebut berlaku.