Saturday 29 September 2012

PENGAMALAN ILMU PERUBATAN TAMADUN CHINA SEBELUM ISLAM

Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).

Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan mi merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.

Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabila ywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi (menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus (champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.

Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.

Ulasan...

Tamadun cina telah lama wujud, dan mereka telah mengamalkan pelbagai jenis perubatan serta melakukan perkembangan dalam tamadun mereka. Tamadun China juga wujud sebelum kedatangan Islam dan belumnya berlaku perkembangan di Tamadun Islam. Dengan itu salah satu perkembangan sains dan teknologi yang telah dilakukan oleh tamadun china daripada segi perubatan mereka terhadap penyakit-penyakit yang dihadapi oleh masyarakat china ketika itu. pelbagai perubatan tradisional yang di amalkan oleh Tamadun China diantaranya ialah :

kepercayaan mereka terhadap penggunaan simbol Yin dan Yang, yang mana simbol ini melambangkan kepercayaan mereka terhadap sesuatu perkara yang baik dan buruk, dengan menggabungkan dua aspek tersebuat antara Yin dan Yang akan menghasilkan satu keharmonian di dalam tubuh manusia,  mereka juag percaya terhadap dengan  iaitu Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikil ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta.

diantara perubatan yang lain yang diamalkan oleh Tamadun China dengan menggunakan cara  teori teonjing (saluran) dan luo (kolateral) dengan menggunakan cara akupuntur, akupuntur dilakukan dengan mencucuk jarum terhadap sel-sel tertentu yang dikaitkan dengan adanya penyakit dibahagian tersebut, dengan cara ini boleh mengembalikan semula peredaran darah yang ada padanya penyakit.Selain daripada itu jenis ubatan yang digunakan oleh mereka adalah diantaranya herba, binatang dan juga sumber galian kepercayaan terhadap sumber-sumber tersebut dapat mengubati penyakit yang dialami dengan menggunakan kaedah-kaedah tradisional mereka.