Thursday 18 October 2012

PERKEMBANGAN ILMU SAINS & TEKNOLOGI ERA ANDALUS

Perkembangan sains dan teknologi di Andalusia berkembang selari dengan kemajuan keilmuan pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III. Kota Kordoba dijadikan sebagai pusat keilmuan yang maju pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III tersebut. Beliau sendiri menggalakkan sarjana Islam untuk melakukan aktiviti penterjemahan dari kitab-kitab tokoh sebelumya. Kebanyakan daripada aktiviti ilmiah tokoh-tokoh sains mula terserlah pada akhir abad ke-11 atau abad ke-124 melalui hasil terjemahan dari kitab-kitab yang dikarang oleh tokoh-tokoh terkenal pada zaman Yunani seperti Aristotle, Socrates dan juga Plato.

Perkembangan sains di Andalusia yang meliputi kawasan Afrika Utara dan Sepanyol Islam telah berkembang pada abad ke-12 berbanding zaman sebelumnya. Memahami perkembangan sains di Andalusia adalah penting kerana ia merupakan tempat utama pertembungan Barat dengan tradisi ilmu Islam dan buku-buku sains Islam pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Sains dan teknologi telah wujud sejak zaman Yunani dan Rom lagi tetapi dikemaskini dan dikembangkan melalui aktiviti penterjemahan oleh sarjana Islam. Pada awal abad ke-12, tulisan ahli sains terkemuka seperti Ibn Sina telah tersebar luas di pusat-pusat pendidikan dan pengajian ilmu di Andalusia.

ANDALUS SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN TAMADUN DI
EROPAH

                  
Fakta sejarah menjadi bukti yang kukuh bahawa Andalus telah memainkan peranan yang cukup besar dan penting dalam membawa peradaban di Eropah. Sejarawan pada umumnya mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalusia, masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kegelapan dan kejahilan.5 Hampir semua suku bangsa yang memerintah negara-negara Eropah pada ketika itu terdiri daripada suku kaum bangsa Barbarian yang tidak bertamadun. Kehadiran Islam di Andalusia merupakan suatu cahaya besar bagi seluruh masyarakat Eropah kerana mulai dari saat itu mereka berpeluang mempelajari berbagai bidang ilmu pengetahuan yang di kembangkan oleh sarjana-sarjana terulung Islam. Begitu juga perkembangan dalam bidang sains dan teknologi di Andalusia, kedatangan Islam juga telah memberi peluang kepada bidang ini untuk berkembang dan memberi impak yang besar dalam ketamadunan Eropah.

Ulasan...

Andalus merupakan satu negara yang membangkitkan ketamadunan Islam dari segi sains dan teknologi dengan begitu cemerlang sekali, kewujudan sains dan teknologi di Andalus menyebabkan orang-orang dari eropah datang untuk mengambil ilmu daripada mereka. selain daripada Andalus ada diantara negara lain yang juga bergiat dalam aktiviti sains dan teknologi ini diantaranya ialah Baghdad pada zaman pemerintan kerajaan Abasiyyah yang juga melahirkan ramai tokoh dan ahli saintis. sebelum kejatuhan Baghdad yang dilakukan oleh Hulagu Khan bersama-sama dengan tenteranya untuk menghancurkan kerajaan tersebut, ketika itu juga kerajaan Abbasiyyah dipanggil dengan Golden Age kerana kemajuan ketamadunan yang telah dicapai ketika itu.

ilmu-ilmu yang diambil daripada Andalus oleh orang-orang Eropah kebanyakkannya daripada buku-buku yang telah dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam serta ahli sainstifik Islam, kebanyakkan daripada buku-buku tersebut diterjemahkan oleh orang Eropah kerana untuk memudahkan mereka memahami apa yang terkandung dalam buku tersebut, sekaligus dapat melakukan penyerapan ilmu atau mengambil ilmu daripada Andalus.

daripada Andalus lah menyebabkan penyebaran ilmu itu berlaku kerana zaman kegemilangan Andalus ketika itu dicemburui oleh orang Eropah, ketamadunannya sangat gemilang, sebelum berlakunya peperangan atau perselisihan diantara orang Islam dan orang Kristian yang dipanggil Perang Salib. walaubagaimanapun, kegemilangan Andalus telah membawa kepada perkembangan ilmu sains dan teknologi yang sangat pesat kepada Tamadun Islam.

No comments:

Post a Comment